SHAH ALAM SESSIONS COURT
[CIVIL SUIT NO: A52NCvC-306-08/2015]

GREEN LAND BUILDERS SDN BHD (PLAINTIFF)
TAN CHEE WHO (DEFENDANT)

NIK NASIMAH NIK MOHAMMAD J
7 JUNE 2017

Company Law – Breach of fiduciary duty by the Defendant – Companies Act 1965, ss 4, 218 – Converted and misappropriation of funds – Indemnity –  Bankruptcy 

Contract Law – Illegality of Contract – Public policy 

Headnote

The plaintiff entered into a Sand Mining Agreement with Ismarau Tajuddin Sdn Bhd (“ITSB”) on 27.8.2014. The defendant was in charge of the cash sale collections for the sale of sand at the Sand Mining Site, specifically from August to December 2014. The other directors of the defendant’s company found out that RM208,880.80 was converted and misappropriated by the defendant. The defendant then left the WhatsApp chat group consisting of all the plaintiff’s directors. 

The plaintiff also seeks an indemnity against the defendant on the possibility where an action might be brought by Eramas Ventures Sdn Bhd and Tan Beng Tee against the plaintiff. 

The defendant counterclaimed by raising that the plaintiff had promised to set-off the payment from their cash sale transaction, but failed to pay the defendant. The defendant also raised that the contract between Kumpulan Semesta Sdn Bhd (“KSSB”) and ITSB, the subcontract between ITSB and the plaintiff, was to sell the sand mine to KSSB only was not meant for the plaintiff to sell it to any third party. Hence any payment means obtained by the third party is illegal and void. 

Held, dismissing the Defendant’s Counterclaim; and allowing the Plaintiff’s Claim: 

(1) The Defendant is a director of a company based on Section 4 of the Companies Act 1965. At all material times, the Defendant was the only one who is in charge of the Plaintiff’s operation at the site. (See para 36) 

(2) The Defendant had breached his fiduciary duty by misappropriating the Plaintiff’s funds amounting to RM208,880.80. (See para 53)

(3) The indemnity brought by the Plaintiff against the Defendant with regards to Eramas Ventures Sdn Bhd was too remote. (See para 58) 

(4) The Defendant is liable for the RM26,000.00 as he has acted on his own capacity without making any reference to the Plaintiff. (See para 65) 

(5) The resale of mine to the third party is within the knowledge of the Defendant, KSSC and ITSB and such transaction is valid. (See para 83) 

(6) General damages of RM50,000.00 was allowed on the loss and damages suffered by the Plaintiff. (See para 95)

(7) The Defendant failed to prove that he has provided Plaintiff the advance payment and hence this ground was rejected. (See para 113)

Cases referred to

Omega Holdings Sdn Bhd v Dato’ Tiah Thee Kian and Ors [2002] 7 CLJ 125 

Dauk Sahar Arpan v PP [2007] 1 CLJ 326 

Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd & Anor v. Capital Insurance Bhd and another appeal (2004) 1 MLJ 353 

Legislation referred to

Companies Act 1965, ss 4, 218

Counsel

For the plaintiff – Raymond Mah (Diana Cheak and Denise Phang with him); M/s MahWengKwai & Associates

For the defendant – Satwant Singh a/l Joginder Singh; M/s Morthi Segaran & Co

Judgement

Nik Nasimah Nik Mohammad J:

ALASAN PENGHAKIMAN

(1) Ini adalah rayuan daripada defendan terhadap keputusan Mahkamah ini yang membenarkan tuntutan plaintif dengan kos.

Tuntutan Plaintif

(2) Defendan adalah bekas pengarah plaintif yang dipecat. Tuntutan plaintif terhadap defendan adalah untuk pemulangan wang yang ditukar dan dilesapkan (converted and misappropriated) berjumlah RM208,880.80. Plaintif juga menuntut supaya defendan menanggungrugi (indemnify) plaintif terhadap semua liabiliti, kerugian dan/atau kerosakan yang timbul akibat dari tuntutan yang mungkin dibawa terhadap plaintif oleh Eramas Ventures Sdn Bhd dan juga tuntutan yang dibawa terhadap plaintif oleh seorang bernama Tan Beng Tee, gantirugi am, faedah dan kos.

(3) Dalam kes ini, terdapat 3 orang pengarah plaintif iaitu defendan, Ng Song Huat dan Goh Kok Seng (“En. Ng & En. Goh”) dan mereka juga adalah pemegang saham plaintif dimana 40% saham dipegang oleh defendan, 40% oleh En. Ng dan 20% lagi oleh En. Goh.

(4) Defendan dilantik sebagai pengarah pada 21.11.2014 sebelum dilucutkan jawatannya pada 21.7.2015. Sebelum menjadi pengarah, defendan adalah pengarah bayangan (shadow director) melalui perlantikan adiknya, Tan Chee Hock sebagai pengarah bermula dari 1.8.2014 sehingga 24.11.2014 dimana Tan Chee Hock telah biasa bertindak mengikut arahan defendan berkaitan dengan sebarang pengurusan plaintif.

(5) Pada 27.8.2014, plaintif memasuki Perjanjian Melombong Pasir dengan syarikat Ismarau Tajuddin Sdn Bhd (“ITSB”) dari bulan Ogos 2014 sehingga Disember 2014. Defendan dipertanggungjawabkan untuk kutipan jualan tunai pasir di tapak lombong dalam tempoh tersebut. Bagi semua jualan tunai dan cek jurubank (banker‟s cheque) yang dikutip, defendan dikehendaki mendepositkannya ke dalam akaun Maybank dan/atau akaun CIMB plaintif. Selepas wang dan cek didepositkan, slip-slip bank (bank-in slips) hendaklah diserahkan kepada plaintif untuk tujuan rekod dan simpanan.

(6) Defendan juga diberikan kuasa oleh En. Ng dan En. Goh untuk membuat bayaran tertentu kepada Pihak Ketiga (pemiutang- pemiutang) bagi pihak plaintif dengan menggunakan wang tunai yang dikutip dan membekalkan resit-resit bayaran tersebut kepada plaintif untuk tujuan rekod dan simpanan.

(7) Sekitar bulan Disember 2014, En. Ng dan En. Goh mendapati kutipan yang direkodkan adalah tidak konsisten dengan wang yang dimasukkan (banked-in) oleh defendan dan bermula dari situ, mereka membuat siasatan. Rekod plaintif menunjukkan kutipan jualan dalam tempoh tersebut adalah berjumlah RM525,268.78 tetapi hanya RM316,387.98 yang dibankkan. Ini menjadikan jumlah yang ditukar dan dilesapkan (converted and misappropriated) adalah sebanyak RM208,880.80.

(8) Plaintif telah meminta penjelasan defendan mengenai jumlah pelesapan untuk tempoh tersebut tetapi defendan gagal memberikan alasan munasabah. Defendan selepas itu tidak menguruskan operasi di tapak lombong dan tidak hadir bertugas dan seterusnya meninggalkan Whatsapp chat group pengarah-pengarah plaintif. Atas penukaran dan pelesapan tersebut, plaintif membuat 2 laporan polis terhadapnya. Tindakan-tindakan defendan tersebut telah menyebabkan defendan melanggar kewajipan dan tugas fidusiarinya sebagai pengarah plaintif.

(9) Akibat perlanggaran tugas fidusiari defendan sebagai pengarah (dalam melesapkan wang plaintif), plaintif telah mengalami kerugian dan kerosakan serius yang menjejaskan kewangan syarikat. Tindakan pelesapan wang oleh defendan telah menyebabkan plaintif mengalami masalah untuk mendapatkan dana bagi menjelaskan hutang/liabiliti plaintif. Perkara ini berlaku dalam bulan Mac 2015 apabila plaintif mengeluarkan 5 keping cek Maybank lewat tarikh berjumlah RM26,000.00 setiap cek kepada pemiutangnya, Eramas Ventures Sdn Bhd untuk pembelian peralatan. Bagaimanapun hanya dua cek yang dapat ditunaikan manakala tiga cek lagi terpaksa dibatalkan kerana dana tidak mencukupi.

(10) Pada 26.6.2015, plaintif menerima satu notis di bawah s.218 Akta Syarikat daripada individu, Tan Beng Tee yang dikeluarkan oleh peguamcara defendan (T/n Morthi Segaran & Co.) bagi pihak Tan Beng Tee untuk menggulungkan syarikat plaintif. Notis tersebut menyatakan sejumlah RM26,000.00 telah dihutang oleh plaintif kepadanya. Dalam surat plaintif bertarikh 29.6.2015 kepada Tan Beng Tee, plaintif didakwa telah mengakui liabiliti berjumlah RM26,000.00 tersebut. Plaintif menyatakan bahawa pengakuan ini dilakukan oleh defendan dengan niat jahat dan dengan pengetahuan bahawa hutang yang didakwa adalah palsu. Plaintif menyatakan bahawa pada 2.5.2015, plaintif menerima satu pendahuluan (advance) berjumlah RM26,000.00 daripada defendan. Wang ini dimasukkan oleh defendan ke dalam akaun Maybank plaintif walaupun plaintif tidak pernah pada bila-bila masa memasuki apa- apa perjanjian pinjaman dengan Tan Beng Tee. Plaintif juga tidak memberikan kuasa kepada defendan untuk mengambil pinjaman daripada Tan Beng Tee berjumlah RM26,000.00 bagi pihak plaintif. Pinjaman tersebut juga tidak disokong oleh sebarang dokumen. Atas tindakan tersebut, plaintif telah membuat laporan polis terhadap defendan pada 24.7.2015 kerana mendedahkan plaintif kepada liabiliti palsu. Plaintif juga telah melalui peguamcaranya bertarikh 7.7.2015 menafikan segala urusan dengan Tan Beng Tee serta menafikan berhutang atas jumlah RM26,000.00.

Pembelaan dan Tuntutan Balas

(11) Sebelum perlantikan defendan sebagai pengarah, plaintif telah meminta pinjaman kewangan daripada defendan berjumlah RM226,000.00 kerana mereka kekurangan modal untuk melabur dan mentadbir syarikat. Plaintif bersetuju bahawa selepas mereka mendapat pulangan daripada perniagaan pasir, defendan dibenarkan untuk membuat tolakan (set-off) bagi jumlah yang dipinjamkan hasil daripada kutipan jualan tunai.

(12) Melalui surat 16.6.2014, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (“KSSB” iaitu anak syarikat penuh milik Perbadanan Menteri Besar Selangor yang menjalankan perniagaan melombong pasir) telah memberikan satu kontrak perlombongan pasir kepada ITSB. KSSB akan membayar RM9.00 kepada ITSB untuk setiap tan metrik pasir yang dijual kepada KSSB.

(13) ITSB kemudian sub-kontrakkan operasi melombong pasir kepada plaintif melalui Perjanjian Melombong Pasir bertarikh 27.8.2014. Sebarang bayaran yang dibuat oleh KSSB kepada ITSB akan didepositkan ke dalam akaun Maybank plaintif dan seterusnya bayaran dari KSSB akan dibahagikan mengikut kadar yang dipersetujui (iaitu RM1.00 setiap tan metrik kepada ITSB dan baki selebihnya kepada plaintif sebagai kos operasi dan perkhidmatan). Keuntungan plaintif sepatutnya dibahagikan diantara pengarah- pengarah berdasarkan peratusan saham yang dipegang tetapi plaintif gagal membayar keuntungan kepada defendan.

(14) ITSB telah mendepositkan RM778,694.25 ke dalam akaun Maybank plaintif atas penjualan pasir kepada KSSB. Defendan adalah seorang yang buta komputer dan berpelajaran sehingga darjah 6. Beliau dibantu oleh 6 pekerja am di tapak lombong. Berdasarkan perjanjian diantara KSSB dan ITSB serta perjanjian diantara ITSB dan plaintif, pasir yang dilombong harus dijual kepada KSSB sahaja dan bukan kepada mana-mana pihak lain tetapi plaintif telah menjual kepada pihak ketiga menyebabkan bayaran yang diperolehi adalah tidak sah (illegal and void) dan bercanggah dengan kepentingan awam.

(15) Sebelum menjadi pengarah, tugas defendan hanya memantau kerja perlombongan. Pekerja-pekerja adalah di bawah kawalan En. Ng dan En. Goh. Data jualan dan kutipan dikemaskinikan oleh pekerja/kerani.

(16) Plaintif juga meminta defendan membeli pasir dari KSSB dengan harga RM26.00 per tan metrik dengan mendahulukan wangnya dan sebahagian lagi menggunakan wang kutipan tunai di tapak berjumlah RM172,673.40. Pasir yang dibeli telah dijual kepada pembeli-pembeli dengan memperolehi keuntungan. Defendan telah menolak (set-off) jumlah RM36,207.40 sebagai sebahagian dari pinjaman RM226,000.00 yang diberikan kepada plaintif dan meninggalkan baki RM189,792.60.

(17) Berkenaan notis di bawah s. 218, notis tersebut diserahkan oleh Tan Beng Tee berdasarkan pinjaman RM26,000.00 yang diberikan olehnya kepada plaintif.

Tuntutan Balas

(18) Defendan telah memberikan pinjaman kepada plaintif berjumlah RM226,000.00 dimana sejumlah RM36,207.40 telah di set-off oleh defendan daripada kutipan tunai. Selepas ditolak, masih terdapat baki sebanyak RM189,792.60. Oleh itu tuntutan balas defendan adalah untuk jumlah RM189,792.60 serta keuntungan plaintif ditaksirkan berdasarkan 40% saham defendan bermula dari 21.11.2014 sehingga 31.1.2015, faedah dan kos.

Saksi-saksi

(19) Plaintif memanggil 10 orang saksi iaitu akauntan plaintif (SP1), pesara jurubahasa yang membuat transkripsi rakaman percakapan daripada CD yang direkodkan (SP2), tiga orang anggota polis (SP4, SP5 & SP6), kerani timbang di tapak lombong (SP7), En. Ng, pengarah plaintif (SP8), kerani akaun plaintif (SP9) dan En. Goh, pengarah plaintif (SP10).

(20) Defendan memanggil 3 orang saksi iaitu Tan Beng Tee yang didakwa meminjamkan wang RM26,000.00 kepada plaintif (SD1), Tan Chee Hock, adik defendan (SD2) dan defendan (SD3).

Ikatan-Ikatan Dokumen

(21) Terdapat 10 Ikatan Dokumen yang difailkan seperti berikut:

1.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian A (Jilid 1/7) – Ikatan B

2.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B (Jilid 2/7) – Ikatan C

3.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B (Jilid 3/7) – Ikatan D

4.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C (Jilid 4/7) – Ikatan E

5.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C (Jilid 5/7) – Ikatan F

6.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C (Jilid 6/7) – Ikatan G

7.Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C (Jilid 7/7) – Ikatan H

8.Ikatan Dokumen Bersama Tambahan Bahagian C – Ikatan I

9.Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif – Ikatan J

10.Ikatan Dokumen Tambahan Defendan – Ikatan K

(22) Pihak-pihak telah bersetuju untuk tidak menandakan dokumen- dokumen yang difailkan dalam Bahagian A & B Ikatan Dokumen Bersama. Peguamcara defendan juga pada hari pertama perbicaraan telah bersetuju untuk tidak menandakan dokumen-dokumen dalam Bahagian C tertakluk kepada hujahan. Oleh itu dokumen-dokumen dalam Bahagian C tidak ditandakan oleh peguamcara plaintif semasa saksi-saksi plaintif memberi keterangan. Namun selepas plaintif menutup kes dan saksi defendan memberi keterangan, peguamcara defendan telah bertindak memohon kepada Mahkamah untuk menandakan dokumen dalam Bahagian C atas alasan bahawa dokumen Bahagian C perlu dibuktikan. Oleh itu peguamcara plaintif telah memfailkan notis permohonan (L.87) untuk kebenaran menandakan dokumen-dokumen plaintif dalam Bahagian C yang tidak ditandakan semasa perbicaraan. Permohonan tersebut telah didengar dan dibenarkan oleh Mahkamah pada 30.9.2016. Oleh itu dokumen-dokumen plaintif telah ditandakan sewajarnya sebagai eksibit “P”. Saksi-saksi plaintif tidak dipanggil semula untuk diperiksa balas oleh peguamcara defendan kerana saksi-saksi tersebut telah diperiksa balas dengan sempurna oleh peguamcara defendan semasa mereka memberi keterangan. Tiada rayuan difailkan oleh defendan terhadap keputusan di L.87.

(23) Walaupun begitu, defendan masih membangkitkan isu ini di dalam hujahannya. Mahkamah telah mengabaikan isu tersebut kerana keputusan membenarkan permohonan L.87 tidak pernah dirayu oleh defendan.

(24) Tambahan lagi, peguamcara defendan pada hari pertama perbicaraan telah bersetuju untuk tidak menandakan dokumen- dokumen dalam Bahagian C apabila menyatakan tidak akan membantah tertakluk kepada hujahan. Atas persetujuan tersebut, plaintif tidak menandakan dokumen-dokumennya. Oleh kerana tiada rayuan difailkan oleh defendan terhadap keputusan dalam L.87 maka defendan sekarang diestop daripada membangkitkan semula isu ini.

Isu-isu untuk dibicarakan

Isu-isu untuk dibicarakan oleh Plaintif – Ikatan M

Isu-isu untuk dibicarakan oleh Defendan – Ikatan R

Isu-isu untuk dibicarakan oleh Plaintif – Ikatan M

1.Samada defendan menukar dan melesapkan (converted and misappropriated) sejumlah RM208,880.80;

2.Samada tindakan melesapkan wang dan gagal mengembalikannya telah menyebabkan defendan melanggar tugas fidusiari dan menyebabkan plaintif menanggung kerugian dan kerosakan;

3.Samada pelesapan wang oleh defendan telah menjejaskan kedudukan kewangan plaintif kerana kekurangan dana untuk menjelaskan hutang/liabiliti kepada pemiutang plaintif;

4.Samada defendan bertanggungan untuk kerugian dan kerosakan plaintif akibat pembatalan cek-cek bertarikh 1.6.2015, 1.7.2015 dan 1.8.2015 oleh Eramas Ventures Sdn Bhd;

5.Samada RM26,000.00 yang didepositkan oleh defendan ke dalam akaun plaintif adalah pendahuluan oleh defendan sebagai pengarah plaintif atau satu hutang yang didakwa oleh plaintif kepada En. Tan Beng Tee;

6.Samada perniagaan plaintif membeli pasir dari KSSB melalui akaun kredit ITSB dalam KSSB dan menjual semula pasir kepada pihak ketiga adalah sah dan dalam pengetahuan defendan, KSSB dan ITSB;

7.Samada plaintif bersetuju dan membenarkan keuntungan plaintif dibahagikan kepada pengarah-pengarah;

8.Samada plaintif dan pengarah-pengarah lainnya bersetuju untuk defendan membuat set-off modal berbayar berjumlah RM226,000.00 yang dilabur oleh defendan daripada kutipan jualan tunai pasir;

9.Samada plaintif dan pengarah-pengarah lainnya bersetuju untuk defendan membuat set-off pendahuluan peribadi (advances) oleh defendan daripada kutipan jualan tunai pasir;

10.Samada defendan boleh set-off RM36,207.40 daripada modal berbayar defendan yang dilaburkan dalam plaintif;

11.Samada defendan gagal memberikan penjelasan bagi RM172,673.40 (RM104,200.00, RM18,473.40, RM50,000.00) daripada jumlah pelesapan RM208,880.80 yang dituntut; dan

12.Samada defendan dianggap (deemed) mengakui penerimaan sejumlah RM172,673.40 + RM36,207.40 (RM208,880.80) yang dituntut?

Isu-isu untuk dibicarakan oleh Defendan – Ikatan R

1.Samada defendan telah memberikan pinjaman kepada plaintif dalam tahun 2014;

2.Samada bayaran yang diperolehi hasil penjualan pasir oleh plaintif kepada pihak ketiga selain KSSB adalah “illegal”, “void” dan bercanggah dengan kepentingan awam dan tidak boleh dikuatkuasakan;

3.Samada defendan membuat bayaran kepada KSSB dari tahun 2014 hingga 2015;

4.Samada tindakan plaintif terhadap defendan berlatar belakangkan illegality;

5.Samada kutipan dari Ogos 2014 hingga Disember 2014 di tapak adalah berjumlah RM525,268.78;

6.Samada pasir yang dijual oleh plaintif kepada pihak ketiga selain KSSB adalah dan hasil kutipan jualan bukan aset plaintif;

7.Samada plaintif melakukan curian pasir lombong dan melakukan penipuan kepada KSSB dan ITSB;

8.Samada defendan berhak menuntut keuntungan berdasarkan saham 40% dari 21.11.2014 hingga 31.1.2015;

9.Samada pembelian dan penjualan semula pasir oleh plaintif dalam pengetahuan penuh ITSB dan KSSB; dan

10.Samada plaintif mempunyai permit untuk melombong dan menjual pasir?

(25) Di akhir perbicaraan, Mahkamah telah membenarkan tuntutan plaintif dan menolak tuntutan balas defendan di atas alasan-alasan berikut:

(26) Plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan melombong dan menjual pasir. Plaintif telah memasuki satu perjanjian melombong pasir dengan Ismarau Tajuddin Sdn Bhd (“ITSB”) pada 27.8.2014 untuk melombong pasir di Kolam B, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. ITSB memperolehi kontrak tersebut daripada KSSB iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Selangor.

(27) Selain mengoperasikan tapak lombong untuk projek ini, plaintif juga terlibat dalam perniagaan membeli dan menjual semula pasir dari KSSB dengan menggunakan akaun kredit ITSB dengan KSSB. Pasir- pasir yang dibeli telah dijual semula kepada pembeli pihak ketiga menggunakan akaun kredit ITSB dalam KSSB dan defendan dipertanggungjawabkan ke atas kutipan tunai jualan di tapak.

Isu pertama dan kedua – Ikatan MTugas fidusiari defendan

(28) [1]  SP8 dan SP10 telah menjelaskan tugas-tugas defendan sebagai pengarah plaintif iaitu defendan bertanggungan sepenuhnya ke atas kutipan jualan tunai pasir termasuk banker‟s cheque di tapak sejak bulan Ogos 2014 dan mendepositkannya ke dalam akaun bank plaintif. Selepas mendepositkan semua kutipan, defendan dikehendaki mengemukakan slip bank-in kepada plaintif untuk rekod dan simpanan. Disamping itu defendan juga bertanggungan untuk menyelia operasi melombong di tapak – Q & A no. 15 P/Utama SP8 dan Q & A no. 17 P/Utama SP10.

SP8 dalam Q & A no. 15 P/Utama menyatakan berikut:

15 Q: Please tell the Court what were the Defendant‟s duties when he was a director of the plaintiff?

A: At all material times, the Defendant was fully in charge of the cash sale collections for the sale of sand at the Sand Mining Site, specifically from August to December 2014 [please refer to the Compact Disc (“CD”) containing the CCTV footage dated 29.12.2014 and 31.12.2014 at p. 1580, Part C, Vo; 6/7, CBD]. After collecting the cash sales, the Defendant was required to deposit all cash collections into the Plaintiff’s Maybank account No. ………. by way of cash, cheque and/or banker‟s cheque [please refer to Maybank‟s and CIMB‟s Statement of Accounts at p. 70 to 116, Part B, Vol. 2, CBD]. Upon depositing the cash sales into the Bank’s Accounts, the Defendant was required to provide the bank-in slips to the Plaintiff for its records. In addition, the Defendant was also in charge of overseeing the operations of the Sand Mining Site.

(29) Defendan mendakwa beliau hanya dilantik sebagai pengarah plaintif pada 21.11.2014 dan oleh itu kawalan ke atas pekerja-pekerja dan akaun syarikat dari bulan Ogos 2014 sehingga 20.11.2014 adalah di bawah tanggungjawab SP8 dan SP10.

(30) Untuk isu ini, Mahkamah merujuk kepada perenggan 4(a) Pembelaan defendan yang diplidkan berkenaan tugas beliau di tapak yang bermula dari bulan Ogos 2014 seperti berikut:

……Dari bulan Ogos sehingga sebelum 21.11.2014 iaitu sebelum Defendan menjadi pengarah syarikat Plaintif, tugas beliau di tapakjuga adalah untuk memerhatikan, memantau dan membiasakan diri dengan kerja-kerja perlombongan serta pentadbiran di tapak. …..

(31) Adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa defendan telah berada di tapak sejak bulan Ogos 2014. Mahkamah berpendapat defendan bukan sekadar “memerhatikan, memantau dan membiasakan diri” di tapak tetapi telah melakukan lebih daripada apa yang diplidkan. Mahkamah berpendapat demikian di atas alasan-alasan berikut:

1.Keterangan SP8 dan SP10 jelas menunjukkan sejak bulan Ogos 2014 sehingga Disember 2014, defendan telah menjalankan tugas pengarah dengan memantau pekerja, menerima wang jualan tunai dan membankkan (bank-in) wang tersebut ke dalam akaun bank plaintif.

2.Juga terdapat pengakuan defendan yang mengesahkan tugasnya sebagai penyelia yang menyelia pekerja di tapak dan juga menjaga kutipan jualan tunai – Q & A no. 237 & 238 P/Balas SD3:

S237: And you were responsible for supervising the plaintiff’s employee at site?

J: Agree.

S238: You were also responsible for the cash collection at the site?

J: Agree.”

Defendan langsung tidak mengkhususkan keterangannya kepada bulan-bulan tertentu sahaja.

3.Keterangan defendan juga disokong oleh kerani yang bertugas di tapak (SP7) yang mengesahkan bahawa beliau diselia dan dikawal oleh defendan – Q & A no. 3 P/Utama SP7:

S3: Siapakah yang menyelia (supervise) tugas anda di Tapak Melombong Pasir?

J: Saya bekerja di bawah kawalan dan penyeliaan (supervision) Tan Chee Who, iaitu Defendan bagi guaman ini.”

4.Keterangan-keterangan ini mengesahkan bahawa defendan menjalankan kerja penyeliaan ke atas pekerjanya dan bertanggungjawab ke atas kutipan tunai di tapak. Dengan itu defendan bukan sekadar memantau dan membiasakan diri dengan kerja-kerja perlombongan.

(32) Pengakuan defendan adalah jelas bahawa defendan berada di tapak sepanjang operasi melombong berjalan dari Ogos 2014 – Disember 2014:

S346: Were you not stationed at site, Mr. Tan?

J: Sometimes I was there, sometimes I was not there.

S347: Were you there in August 2014?

J: Sorry, the whole month or…?

S348: Were you there during the operations in August 2014?

J: I was there.

S349: Also for September and October?

J: Yes.

S350: November and December?

J: Yes.

(33) Dalam tempoh tersebut, selepas defendan menerima kutipan jualan harian, defendan akan membankkan (bank-in) wang kutipan ke dalam akaun bank plaintif seperti yang dinyatakan oleh kerani dan pembantunya, SP7 – Q & A no. 7 P/Utama SP7:

S7: Selepas anda mengumpul wang tunai yang dibayar oleh pelanggan-pelanggan Plaintif, apakah yang anda lakukan?

J: Selepas mengumpul wang tunai yang dibayar oleh pelanggan-pelanggan Plaintif, saya akan menyerahkan wang tunai yang dikumpulkan kepada Defendan untuk didepositkan ke dalam akaun bank Plaintif.”

(34) Berdasarkan keterangan SP7, SP8 dan SP10 dan pengakuan defendan sendiri bahawa defendan telah melakukan kerja penyeliaan ke atas SP7 dan bertanggungjawab ke atas kutipan tunai maka Mahkamah berpendapat defendan telah menjalankan tugas pengarah sejak bulan Ogos 2014 dan bukan sekadar “memerhatikan, memantau dan membiasakan diri” di tapak seperti yang diplidkan.

Defendan sebagai pengarah bayangan dari Ogos 2014 – 21.11.2014

(35) Sebelum dilantik sebagai pengarah pada 21.11.2014, defendan adalah pengarah bayangan plaintif (shadow director) yang telah menjalankan kerja-kerja pengarah seperti yang dinyatakan di atas. Fakta berkenaan “pengarah bayangan” telah diplidkan oleh plaintif di perenggan 5 Pernyataan Tuntutan dan fakta ini diakui oleh defendan – Q & A no. 237 & 238 P/Balas SD3:

S236: Now can you refer to Q & A no. 29 of your witness statement, now, you’ll agree that as a shadow director, you were in charge of the plaintiff’s operation at site, agree?

J: Agree.”

(36) Pengarah bayangan telah diiktiraf (recognized) oleh Akta Syarikat 1965 seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Omega Holdings Sdn Bhd. v. Dato’ Tiah Thee Kian and Ors [2002] 7 CLJ 125 dan juga Mahkamah Rayuan di dalam kes Datuk Sahar Arpan v. PP [2007] 1 CLJ 326 berdasarkan interpretasi perkataan „director‟ dalam s. 4 Akta Syarikat yang memperuntukkan berikut:

“a ’director’ includes any person occupying the position of a director and includes a person in accordance with whose directions or instructions the directors of a corporation are accustomed to act and an alternate or substitute director”.

(37) Defendan sebagai pengarah dan juga pengurus tapak telah mengurus dan menyelia pekerja dan juga operasi melombong. Defendan telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas kutipan jualan tunai dan seterusnya memasukkan kutipan tunai serta cek yang diterima daripada pembeli ke dalam akaun bank plaintif – Q & A no. 15 P/Utama SP8 dan Q & A no. 17 P/Utama SP10.

(38) Hanya defendan yang dipertanggungjawabkan ke atas tugas-tugas tersebut dan bukan SP8 atau SP10 kerana SP8 dan SP10 tidak bertugas di tapak dan tidak menerima wang daripada pembeli. Fakta ini tidak dinafikan oleh defendan.

Tugas pembantu defendan (SP7)

(39) SP7 sebagai kerani dan pembantu defendan menyatakan bahawa tugas beliau adalah untuk menimbang lori-lori yang membeli pasir, membantu defendan mengumpulkan wang tunai yang dibayar oleh pelanggan-pelanggan yang membeli pasir di tapak serta merekod, menyediakan dan mencetak resit bagi jualan tunai pasir di tapak. Mengikut SP7 lagi, kesemua wang jualan tunai pasir yang dikumpul olehnya akan diserahkan kepada defendan untuk didepositkan ke dalam akaun bank plaintif. Selepas itu beliau melaporkan jumlah jualan harian kepada semua pengarah (SP8, SP10 dan juga defendan) melalui aplikasi whatsapp “GreenLand Kolam B Account” – Q & A no. 6, 7 & 8 P/Utama SP7.

(40) Laporan SP7 dalam group whatsapp kepada pengarah-pengarah plaintif termasuk defendan dapat dilihat di m/s 1600 – 1625 Ikatan G. SP7 juga menunjukkan contoh perbualannya dengan defendan dalam group whatsapp di m/s 1624 – 1625 Ikatan G – Q & A no. 4 P/Utama SP7.

Kemungkiran tugas fidusiari defendan Pelesapan wang

(41) SP8 dan SP10 hanya menyedari kekurangan jumlah kutipan jualan tunai untuk bulan Oktober hingga Disember 2014 pada penghujung bulan Disember 2014 apabila mereka membuat perbandingan rekod kutipan tunai bagi kesemua tempoh tersebut dengan penyata akaun bank plaintif. Dari situ mereka mendapati kutipan wang yang di bank- in untuk 2 bulan pertama iaitu Ogos dan September adalah konsisten dengan penyata akaun tetapi bermula bulan Oktober 2014 dan seterusnya, jumlah yang dimasukkan adalah tidak konsisten dengan kutipan – Q & A no. 17 P/Utama SP8 dan Q & A no. 19 P/Utama SP10.

SP8 dalam Q & A no. 17 P/Utama menyatakan berikut:

17 Q: How did the plaintiff discover thet the Defendant had breached his fiduciary duties by misappropriating the Plaintiff‟s fund?

A: Towards the end of December, Goh Kok Seng (SP10) and I discovered that the collections recorded in the Plaintiff’s cash sales records from October to December 2014 were inconsistent with the amount of money deposited into the Bank Accounts by the Defendant as shown in the Statement of Accounts for October 2014 to December 2014.

Upon discovering that, I instructed the Plaintiff’s Account’s Clerk, Siti Zarah Binti Baharon (“Siti”) to check the Plaintiff’s accounts. Siti took about one (1) month (from January to February 2015) to repeatedly check the Plaintiff’s cash salesrecords from October 2014 to December 2014 („the said period”) with the amount of money deposited into the Bank Accounts from October 2014 to February 2015 in order to confirm the shortfall in the Plaintiff’s accounts.

[please refer to the Cash Sales Records for October 2014 to February 2015 at p. 687 to 754, Part C, Vol. 4/7, CBD and Maybank’s and CIMB’s Statement of Accounts at p. 70 to 116, Part B, Vol 2/7, CBD].

Goh Kok Seng, Siti and I discovered from August to September 2014, the cash sales records were consistent with the amount of money deposited into the Bank’s Accounts from August to September 2014. However, starting October 2014 until February 2015, there were shortfalls in the Plaintiff’s accounts.

Based on the Plaintiff‟s records, the Plaintiff’s total sales collections for the said Period was RM525,268.78. However, only a total of RM316,387.98 was accounted for by the Defendant. Thus, there was a shortfall of RM208,880.80 in the Bank Accounts. ….

(42) Berdasarkan keterangan SP8 dan SP10, sebaik menyedari percanggahan tersebut, mereka mengarahkan SP7 untuk mencetak resit-resit bagi jualan pasir secara tunai di tapak. Mereka juga mengarahkan kerani akaun (SP9) untuk memeriksa akaun dan rekod jualan tunai.

(43) SP7 telah mengemukakan resit-resit jualan tunai yang disediakan dan dicetak olehnya bagi bulan Ogos 2014 sehingga Disember 2014 (exh. P13 sehingga P17). Untuk SP9, beliau mengambil masa sebulan untuk menyemak akaun dengan rekod jualan tunai.

(44) Berdasarkan rekod, jumlah kutipan jualan plaintif dalam tempoh tersebut adalah RM525,268.78 tetapi hanya RM316,387.98 yang dimasukkan. Oleh itu jumlah yang dilesapkan oleh defendan adalah sebanyak RM208,880.80.

(45) Hasil siasatan inilah yang membawa pengetahuan kepada SP8 dan SP10 bahawa rekod jualan tunai untuk bulan Ogos dan September 2014 adalah konsisten dengan wang yang didepositkan ke dalam akaun bank plaintif dan kekurangan jumlah yang dibankkan untuk bulan Oktober 2014 dan bulan-bulan seterusnya. SP9 juga telah menyediakan ringkasan jualan tunai untuk tempoh Ogos 2014 sehingga Disember 2014 (exh. P55 & P56).

Hanya defendan yang bertugas di tapak

(46) Seperti yang dinyatakan, SP8 dan SP10 tidak menerima sebarang kutipan tunai daripada pembeli kerana mereka tidak bertugas di tapak. Ini juga kerana hanya defendan yang telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas tugas tersebut.

(47) Oleh kerana hanya defendan yang bertanggungjawab ke atas kutipan tunai dan hanya defendan yang memasukkan wang ke dalam akuan bank plaintif, maka sebarang kekurangan dan pelesapan wang dengan secara munasabahnya dapat dikaitkan dengan defendan.

(48) Defendan telah dibekalkan dengan akaun-akaun plaintif dan diminta oleh SP8 dan SP10 untuk memberikan penjelasan atas pelesapan wang yang berlaku tetapi defendan enggan berbincang mengenainya. Defendan juga mengelak daripada bersemuka dengan SP8 dan SP10 untuk menjelaskan tentang perkara tersebut. Defendan selepas itu tidak hadir bertugas di tapak dan meninggalkan (left) dua aplikasi whatsappberikut:

(i)whatsapp “Green land builders s/b” pada 3/3/2015 (m/s 1581 – 1598 Ikatan G di m/s 1598); dan

(ii)whatsapp “GreenLand Kolam B Account” pada 4/3/2015 (m/s 1599 – 1625 Ikatan G di m/s 1625).

(Q & A no. 19 P/Utama SP8 dan Q & A no. 21 P/Utama SP10).

(49) Pada 19.3.2015, SP8 dan SP10 berjumpa dengan defendan meminta defendan memulangkan wang yang dilesapkan (rakaman suara defendan dengan SP8 & SP10 melalui CD dirujuk di m/s 1626 – 1678 (P2) dan terjemahan transkrip di m/s 1679 – 1732 Ikatan H (P3).

(50) Selepas tuntutan dibuat pada 19.3.2015, defendan dalam bulan April 2015 telah berjumpa dengan SP8 dan SP10 bertujuan untuk menyelesaikan tuntutan plaintif berjumlah RM208,880.80. Cadangan penyelesaian defendan adalah untuk defendan membeli saham- saham SP8 dan SP10 dalam plaintif (purported settlement).

(51) Cadangan penyelesaian tersebut telah dipersetujui oleh SP8 dan SP10. Oleh itu kesemua mereka telah memasuki perjanjian jualbeli saham pada 13.4.2015 dimana defendan membeli saham-saham kepunyaan SP8 dan SP10 dengan harga RM400,000.00. Deraf perjanjian jualbeli saham disediakan oleh peguamcara defendan, T/n CC Ng & Associates (m/s 219 – 235 Ikatan J – exh. “P50”) dimana sejumlah RM40,000.00 deposit telah dibayar oleh defendan. Defendan juga menamakan Tan Beng Tee (SD1) sebagai nomini dalam deraf perjanjian tersebut – m/s 219 Ikatan J. Walaubagaimanapun defendan kemudian enggan menandatangani atau meneruskan dengan perjanjian tersebut – Q & A no. 21 P/Utama SP8 dan Q & A no. 23 P/Utama SP10.

(52) Oleh kerana perjanjian gagal dilaksanakan maka plaintif membuat laporan polis terhadap defendan pada 14.5.2015 atas pelesapan wang plaintif – Q & A no. 19, 20 & 21 P/Utama SP8 dan Q & A no. 20, 21 & 22 P/Utama SP10. (*Nota: Defendan juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, no. kes: (S2) 83-628-10/2015 atas laporan polis yang dibuat dan semasa kes ini dibicarakan, perbicaraan kes jenayah belum bermula).

Isu ketiga – kelimaKerugian yang ditanggung plaintif1. Kerugian RM208,880.80

(53) Sebagai pengarah, defendan mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada plaintif terutama terhadap kutipan tunai jualan seperti yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya, yang mana telahpun dilakukan olehnya sejak bulan Ogos 2014. Akibat perbuatan defendan yang tidak amanah dan melanggar tugas fidusiarinya maka plaintif telah mengalami kehilangan dan kerugian sebanyak RM208,880.80.

(54) Mahkamah telah menerima jumlah yang dilesapkan oleh defendan sebanyak RM208,880.80 berdasarkan keterangan-keterangan SP7, SP8, SP9 dan SP10 yang disokong oleh keterangan-keterangan dokumen di P13 sehingga P17 dan P55 & P56 serta laporan dan penyata kewangan di exh. P1 (m/s 1733-1754 Ikatan H). Mahkamah juga telah menerima P1 sebagai benar kerana laporan tersebut telah diaudit oleh SP1, seorang juruaudit bertauliah dan juga merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants. P1 menyatakan berikut:

Report in the Financial Statements (Cont’d) Opinion

In our opinion, the financial statements have been properly drawn up in accordance with Private Entity Reporting Standards and the Companies Act 1965 in Malaysia so as to give a true and fair view of the financial position of the Company as of 31 December 2014 and of its financial performance and cash flows for the year then ended.

(55) SP8 dan SP10 juga menafikan dakwaan defendan bahawa SP8 dan SP10 menyeleweng dana kewangan plaintif – Q & A no. 14a P/Utama SP8 dan Q & A no. 16a P/Utama SP10. SP8 telah menyatakan seperti berikut:

14a Q: Please refer to paragraph 7 of the Defence and Counterclaim at p. 10 BOP, Defendant has alleged that you have mismanaged the Plaintiff‟s fund and thus caused the Plaintiff to suffer loss and damages. Do you agree?

A: I do not agree, the accounts clearly show that the company’s funds were used in the correct manner. Moreover, the audited accounts clearly show that the sum of RM208,880.80 is still held by the Defendant.

[please refer to paragraph 10 of the Reports and Financial Statements for the Year Ended 31 December 2014 at p. 1752, Part C, Vol. 7/7 CBD].

Moreover, the Defendant, Goh Kok Seng and myself were at all times managing the Plaintiff together. Besides communicating via Whatsapp, we had regular meetings and discussions at the Sand Mining Site.”

(56) Defendan gagal menjelaskan shortfall yang berlaku semasa beliau bertanggungjawab dalam tempoh tersebut. Atas pelesapan wang yang dibuktikan berjumlah RM208,880.80 maka Mahkamah telah membenarkan tuntutan plaintif ke atas jumlah RM208,880.80.

  1. Tuntutan untuk ditanggungrugi terhadap liabiliti dan kerugian dari sebarang tindakan yang mungkin dibawa oleh pemiutang plaintif – Eramas Ventures Sdn Bhd

(57) Akibat perlanggaran tugas fidusiari defendan juga, plaintif menyatakan mereka terpaksa menanggung kerugian dan kerosakan apabila plaintif mengisukan 5 keping cek berjumlah RM26,000.00 setiap satu kepada pemiutang mereka, Eramas Ventures Sdn Bhd (m/s 44-54, Bahagian A dalam Ikatan B). Daripada 5 cek tersebut, hanya dua cek berjaya ditunaikan manakala 3 lagi terpaksa dibatalkan kerana dana dalam akaun plaintif tidak mencukupi akibat pelesapan wang yang dilakukan oleh defendan.

(58) Oleh itu plaintif menuntut defendan untuk menanggungrugi plaintif terhadap segala kerugian/kerosakan yang timbul dari tuntutan yang mungkin dibawa oleh Eramas. Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tuntutan plaintif untuk prayer 31.2 ini dalam Pernyataan Tuntutan kerana tiada bukti bahawa Eramas telah menyaman plaintif. Tuntutan ini adalah terlalu remote untuk dibenarkan.

  1. Dakwaan pinjaman oleh plaintif daripada En. Tan Beng Tee (SD1)

(59) Selain Eramas Ventures, plaintif juga menuntut defendan untuk menanggungrugi plaintif terhadap kerugian/kerosakan akibat tindakan Saman yang dibawa oleh Tan Beng Tee (SD1) terhadap plaintif.

(60) Plaintif menyatakan bahawa defendan telah mengakui liabiliti untuk satu hutang berjumlah RM26,000.00 yang dituntut oleh SD1 sedangkan mengikut SP8 dan SP10, plaintif tidak pernah memohon apa-apa pinjaman daripada SD1. SD1 adalah kawan kepada defendan (Q & A no. 2 P/Utama SD1). Plaintif mahupun SP8 dan SP10 tiada pengetahuan berkenaan pinjaman ini.

(61) SD1 telah memfailkan tindakan Saman terhadap plaintif di Mahkamah Majistret akibat ketiadaan bayaran bagi pinjaman ini dan melalui permohonan di bawah A.14, SD1 telah memasukkan penghakiman muktamad terhadap plaintif apabila permohonan SD1 dibenarkan oleh Majistret.

(62) SP8 dan SP10 hanya mempunyai pengetahuan berkenaan pinjaman yang didakwa ini selepas SD1 menyerahkan notis di bawah s. 218 Akta Syarikat untuk menggulungkan plaintif. Notis tersebut diserahkan oleh peguamcara defendan (T/n Morthi Segaran & Co.) yang juga mewakili SD1 dalam tindakan Saman di Mahkamah Majistret tersebut.

Selepas notis s. 218 diserahkan kepada plaintif, defendan menyatakan beliau telah memohon kepada SD1 untuk tidak menggulungkan plaintif. Permintaan dibuat melalui surat (m/s 13 Ikatan I) dimana defendan menyatakan berikut:

(63) Dalam surat ini, defendan membuat pengakuan liabiliti ke atas jumlah RM26,000.00 yang didakwa dipinjam oleh plaintif daripada SD1. Mengikut SP8 dan SP10, pengakuan defendan telah dibuat dengan niat jahat kerana defendan mempunyai pengetahuan bahawa hutang tersebut adalah tidak benar dan palsu kerana pinjaman tersebut tidak wujud.

(64) Mahkamah mempercayai keterangan SP8 dan SP10 bahawa pinjaman tersebut tidak dipohon oleh plaintif tetapi oleh defendan yang bertindak secara sendiri atas kapasiti peribadi. Mahkamah berpendapat demikian di atas alasan-alasan berikut:

(i)tiada sebarang resolusi syarikat dikemukakan oleh defendan untuk menunjukkan bahawa plaintif bersetuju untuk mengambil pinjaman daripada SD1;

(ii)juga tiada perjanjian ditandatangani diantara plaintif dengan SD1 untuk pinjaman ini;

(iii)surat pengakuan liabiliti oleh defendan kepada SD1 (di m/s 13 Ikatan I) ditulis atas kertas kosong dan tidak mempunyai kepala surat (letter head) plaintif. Contoh kepala surat plaintif dapat dilihat di m/s 68 Ikatan B. Oleh itu secara jelasnya surat tersebut tidak diisukan oleh plaintif tetapi diisukan oleh defendan atas kapasitinya sendiri;

(iv)plaintif melalui peguamcaranya telah membalas kepada SD1 melalui surat bertarikh 7.7.2015 (m/s 447 – 448 Ikatan D) dan menafikan berhutang dengan SD1 dengan menyatakan berikut:

2. We are instructed by our client to deny paragraphs 1 to 4 of the said Letter. Our client denies the alleged debt of RM26,000.00 and/or that any other sum is due and owing from our client to you.

(v)Our client further states that at all material times, Tan Chee Who is not authorized to take any loan from you on behalf of our client or to admit any liability to you on behalf of our client. Accordingly, our client is not bound by the statements and allegations of Tan Chee Who made in this Letter.

Selepas menerima surat jawapan peguamcara plaintif yang menafikan pinjaman RM26,000.00, SD1 gagal untuk mengesahkan dengan plaintif berkenaan pinjaman yang didakwa telah dipinjamkan olehnya. SD1 juga tidak membalas kepada surat tersebut. Mahkamah berpendapat tindakan senyap SD1 yang tidak mengendahkan dan tidak mengambil tindakan susulan atas penafian plaintif berkenaan pinjaman RM26,000.00 adalah suatu yang tidak munasabah. Daripada urutan fakta ini, Mahkamah berpendapat jika plaintif telah menafikan pinjaman maka SD1 pastinya berbuat sesuatu terhadap penafian tersebut dengan membuat pertanyaan dan sepertinya. Oleh itu Mahkamah berpendapat defendan telah berpakat dengan SD1 untuk mewujudkan hutang yang didakwa dipinjamkan oleh SD1. Jika benar SD1 memberikan pinjaman, pastinya wujud dokumen perjanjian pinjaman. Namun dokumen tersebut juga tidak wujud.

(vi)plaintif melalui peguamcaranya juga telah menafikan keberhutangan RM26,000.00 yang dihantar kepada peguamcara SD1 (yang juga mewakili defendan) berkenaan surat pengakuan liabiliti defendan bagi pihak plaintif – m/s 446 Ikatan D. Surat tersebut menyatakan berikut:

2. Our client denies that the sum of RM26,000.00 is due to Tan Beng Tee (“your client”). Our client has not had any dealings with your client, has not borrowed any money from your client and does not owe your client any monies.

  1. We are instructed to put your client on notice that our client hereby reserves its right to lodge a police report against your client for his actions in this matter.

(vii)atas pendedahan plaintif kepada liabiliti palsu oleh defendan, plaintif telah membuat laporan polis terhadap defendan dan juga terhadap SD1 pada 24.7.2015.

(65) Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa defendan bertanggungan ke atas pinjaman yang dipohon daripada SD1 setelah bertindak atas kapasitinya sendiri tanpa merujuk kepada plaintif/ SP8 dan SP10 sehingga menyebabkan penghakiman dimasukkan terhadap plaintif. Dengan itu Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif untuk defendan menanggungrugi plaintif sebanyak RM26,000.00 yang dibuktikan akibat daripada tuntutan yang dibawa oleh SD1 terhadap plaintif.

Isu keenam – Ikatan M

Samada perniagaan plaintif membeli pasir dari KSSB melalui akaun kredit ITSB dalam KSSB dan menjual semula pasir kepada pihak ketiga adalah sah dan dalam pengetahuan defendan, KSSB dan ITSB?

Isu kedua, ketujuh, kesembilan & kesepuluh – Ikatan R

Samada bayaran yang diperolehi hasil jualan pasir oleh plaintif kepada pihak ketiga adalah “illegal”, “void” dan bercanggah dengan kepentingan awam dan tidak boleh dikuatkuasakan?

Samada plaintif melakukan curian pasir lombong dan melakukan penipuan kepada KSSB dan ITSB?

Samada pembelian dan penjualan semula pasir oleh plaintif dalam pengetahuan penuh ITSB dan KSSB?

Samada plaintif mempunyai permit untuk melombong dan menjual pasir?

Mahkamah telah menggabungkan lima isu ini serentak.

(66) KSSB telah memberikan projek melombong pasir kepada ITSB melalui surat tawaran bertarikh 16.6.2014 (m/s 1767-1781 Ikatan H). ITSB kemudian sub-kontrakkan projek tersebut kepada plaintif melalui Perjanjian Melombong Pasir bertarikh 27.8.2014. Kesemua fakta ini tidak dipertikaikan dan pihak-pihak adalah terikat dengan kontrak masing-masing.

Dakwaan “kontrak diantara plaintif dengan IT SB tidak sah” tidak diplidkan

(67) Defendan telah membangkitkan isu dan berhujah bahawa kontrak diantara plaintif dengan ITSB adalah tidak sah (void and illegal) – rujuk hujahan defendan di perenggan (i) m/s 19 dalam “Jawapan Kepada Hujah Bertulis Plaintif yang bertarikh 26.01.2017”.

(68) Isu yang ditimbulkan oleh defendan adalah berkenaan permit untuk melombong pasir yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Sepang kepada KSSB. Defendan mendakwa plaintif sebagai sub-kontraktor kepada ITSB tidak mempunyai permit untuk mengeluarkan dan mengangkut batu batan dari tapak lombong kerana ITSB tidak diberikan permit tersebut dan dengan itu defendan mendakwa kontrak diantara plaintif dengan ITSB adalah tidak sah (void and illegal).

(69) Dua fakta di atas iaitu (1) ketiadaan permit dan (2) kontrak plaintif dengan ITSB adalah tidak sah telah gagal diplidkan.

(70) Oleh itu Mahkamah berpendapat hujahan defendan telah menyimpang daripada pliding asal atas kegagalan defendan untuk memplidkan fakta-fakta tersebut. Apa yang diplidkan dalam pembelaan adalah fakta berikut:

(vi) Defendan juga menegaskan berdasarkan perjanjian diantara KSSB dan ITBS, dan perjanjian diantara ITBS dan Plaintif, tanah yang dilombong harus dijual kepada KSSB dan bukannya kepada pihak ketiga selain KSSB dan bayaran yang diperolehi adala h “illegal, “void” dan/atau bercanggahan dengan “public policy” dan tidak boleh dikuatkuasakan.

(71) Berdasarkan pembacaan pliding di atas, perkataan “tidak sah (illegal and void)” adalah jelas merujuk kepada bayaran yang diperolehi hasil jualan kepada pihak ketiga dan langsung tiada rujukan dibuat berkenaan ketiadaan permit yang menjadikan perjanjian tidak sah.Defendan juga di dalam Pernyataan Pembelaannya jelas bersandarkan kepada perjanjian-perjanjian diantara KSSB dengan ITSB serta ITSB dengan plaintif dan tiada fakta diplidkan bahawa perjanjian adalah tidak sah.

(72) Oleh itu Mahkamah terpaksa mengabaikan hujahan defendan atas isu illegality of contract kerana Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan isu yang tidak diplidkan. Ini kerana pihak-pihak dan juga Mahkamah terikat dengan pliding yang difailkan. Mahkamah merujuk kes Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd & Anor v. Capital Insurance Bhd and another appeal (2004) 1 MLJ 353 (CA) dimana Gopal Sri Ram JCA (pada ketika itu) memutuskan berikut:

once a defendant takes that course, he must stand or fall on his pleaded case. He cannot simultaneously put forward an unpleaded case of justification for his conduct.

(73) Prinsip ini jelas terpakai kepada defendan. Jika defendan ingin bergantung dan mendakwa kontrak diantara plaintif dengan ITSB tidak sah disebabkan ketiadaan permit diberikan kepada plaintif untuk melombong maka fakta ini terlebih dahulu mestilah diplidkan. Namun tiada pindaan dibuat kepada pliding untuk memasukkan fakta tersebut.

Isu berkenaan bayaran yang diterima daripada pihak ketiga sebagai tidak sah (illegal and void) telah diputuskan dalam tindakan lain dan telah menjadi res judicata

(74) Isu yang sama (berkenaan aktiviti penjualan pasir oleh plaintif kepada pembeli pihak ketiga dan bayaran yang diterima yang didakwa oleh defendan sebagai tidak sah (illegal and void)) telah diputuskan oleh Mahkamah ini di dalam satu tindakan lain iaitu B52-136-09/2015 -ITSB melawan Green Land Builders Sdn Bhd dan 2 pengarah Green Land Builders iaitu SP8 & SP10 (“Tindakan 136”).

(75) Tindakan 136 yang difailkan oleh ITSB adalah untuk melucutkan bon perlaksanaan (performance bond) berjumlah RM81,000.00 yang dibayar oleh Green Land bagi pihak ITSB kepada KSSB (selepas projek ini disub-kontrakkan kepada Green Land). ITSB memohon untuk melucutkan bon perlaksanaan kerana mendakwa Green Land dan pengarah-pengarahnya (iaitu SP8 & SP10) telah melanggar perjanjian melombong apabila mereka mendakwa Green Land telah mencuri pasir dan menjualkannya kepada pihak ketiga. Atas dakwaan tersebut maka ITSB memfailkan notis permohonan di bawah A.18 k.19 untuk membatalkan tuntutan balas Green Land yang menuntut pengembalian bon perlaksanaan kepada mereka.

(76) Green Land telah memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas dan menyatakan bahawa pembelian dan penjualan semula pasir kepada pihak ketiga adalah sah. Dengan itu ITSB tidak berhak untuk merampas bon perlaksanan yang dibayar oleh Green Land (kepada KSSB bagi pihak ITSB). Atas alasan itu maka Green Land menuntut pengembalian bon perlaksanaan melalui Tuntutan Balas yang difailkan.

(77) Dalam Tindakan 136 yang sama, Green Land telah memfailkan dua notis permohonan, masing-masing di bawah A.18 k.19 dan A.14. Permohonan A.18 adalah untuk membatalkan tuntutan ITSB atas alasan bahawa pembelian dan penjualan semula pasir adalah sah dan dengan itu ITSB tidak berhak merampas bon perlaksanan manakala permohonan di bawah A.14 adalah untuk memasukkan Penghakiman muktamad (atas tuntutan balas Green Land) bagi pengembalian bon perlaksanaan.

(78) Isu berkenaan ketidaksahan (illegality) terhadap aktiviti penjualan semula pasir oleh Green Land dalam Tindakan 136 telah diputuskan oleh Mahkamah ini dimana Mahkamah berpendapat aktiviti tersebut adalah sah dan bayaran yang diterima daripada pihak ketiga juga adalah sah. Ini kerana bon perlaksanaan berjumlah RM81,000.00 yang dibayar oleh Green Land kepada KSSB bagi pihak ITSB telah dikembalikan sepenuhnya oleh KSSB kepada ITSB selepas perjanjian tamat. Pengembalian 100% bon perlaksanaan oleh KSSB kepada ITSB jelas menunjukkan bahawa tiada perlanggaran kontrak dilakukan oleh Green Land dalam transaksi jualbeli pasir kepada pihak ketiga dan dengan itu bayaran yang diterima daripada pihak ketiga juga adalah sah.

(79) Bon perlaksanaan yang dikembalikan kepada ITSB dalam bentuk cek juga telah ditunaikan oleh ITBS dan tiada isu ditimbulkan oleh KSSB bahawa Green Land telah melanggar perjanjian atau menjalankan aktiviti penjualan pasir secara tidak sah.

(80) Mahkamah dengan itu telah menolak permohonan A.18 k.19 oleh ITSB dalam Tindakan 136 untuk membatalkan tuntutan balas Green Land dan seterusnya membenarkan permohonan Green Land untuk membatalkan tuntutan ITSB. Mahkamah juga membenarkan permohonan Green Land untuk memasukkan penghakiman muktamad di bawah A.14 terhadap ITSB bagi pengembalian bon perlaksanaan yang telah diterima daripada KSSB.

(81) ITSB yang tidak berpuashati telah merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan bagi 3 permohonan di atas dan ketiga-tiga rayuan ITSB telah ditolak pada 13.2.2017. Mengikut peguamcara plaintif, tiada rayuan difailkan oleh ITSB terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

(82) Oleh itu keputusan telah menjadi muktamad dan defendan telah diestop daripada membuka dan membicarakan semula isu-isu yang telah diputuskan (estopped from re-litigating issues that have been decided). Isu-isu tersebut telah menjadi res judicata dan tindakan defendan yang membuka semula isu yang sama setelah isu-isu tersebut diputuskan adalah salah.

(83) Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kesemua rayuan ITSB dalam Tindakan 136, ini bermakna plaintif tidak melakukan pencurian pasir atau melakukan penipuan terhadap KSSB dan ITSB seperti yang didakwa. Perniagaan plaintif membeli pasir dari KSSB melalui akaun kredit ITSB dalam KSSB dan menjual semula pasir kepada pihak ketiga sememangnya berada dalam pengetahuan defendan, KSSB dan ITSB dan transaksi tersebut adalah sah.

Isu sampingan

(84) Defendan memplidkan beliau seorang yang buta komputer dan belajar hanya setakat darjah 6. Oleh itu beliau dibantu oleh 6 orang pekerja di tapak – perenggan 3(v) Pernyataan Pembelaan – juga dalam Q & A no. 29 P/Utama SD3. Walaubagaimanapun, kerani dan pembantu defendan iaitu SP7 menyatakan hanya beliau dan defendan yang bekerja di tapak – Q & A no. 17 P/Utama SP7:

“S17: Siapakah yang bekerja dalam kabin Green Land Builders Sdn Bhd dalam tempoh dari September 2014 hingga Disember 2014?

J: Defendan dan saya sahaja yang bekerja dalam kabin dari September 2014 hingga Disember 2014.”

(85) SP7 tidak dicabar atas keterangan ini. Oleh itu dakwaan defendan bahawa beliau dibantu oleh 6 orang pekerja di tapak adalah diragui kerana tidak dibuktikan.

(86) Mahkamah meragui keterangan defendan bahawa beliau seorang yang buta komputer kerana SP7 menyatakan bahawa terdapat 2 komputer dalam kabin/pejabat plaintif di tapak projek dimana satu komputer digunakan oleh SP7 untuk mencetak resit-resit jualan tunai manakala satu lagi digunakan oleh defendan. SP7 juga menyatakan bahawa defendan tahu cara menggunakan komputer dan sering menggunakan komputer-komputer tersebut. Defendan juga pernah menggunakan komputer SP7 semasa SP7 bercuti untuk mencetak resit-resit jualan tunai – Q & A no. 18-20 P/Utama SP7. Fakta-fakta ini tidak dinafikan oleh defendan dan SP7 tidak dicabar atas keterangan ini. Oleh itu Mahkamah berpendapat defendan sememangnya tahu menggunakan komputer dan telah menggunakan komputer-komputer di tapak projek seperti yang dinyatakan oleh SP7.

(87) Semasa perbicaraan, defendan juga menyatakan bahawa beliau sekarang menjalankan perniagaan yang sama dengan plaintif iaitu melombong pasir. Mahkamah berpendapat walaupun defendan hanya berpelajaran setakat darjah 6, ia tidak menghalang defendan untuk berniaga dan menjadi pengarah serta menggunakan komputer.

Defendan tidak bercakap benar

(88) Berdasarkan keterangan SP7, Mahkamah berpendapat defendan tidak bercakap benar kerana jika benar defendan seorang yang buta komputer, beliau pastinya tidak dapat mengoperasikan komputer, apa lagi untuk memasukkan butir-butir jualan serta mencetak resit-resit jualan semasa SP7 bercuti.

(89) Defendan telah menggunakan khidmat jurubahasa Cina semasa memberi keterangan kerana mendakwa tidak fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris. Mahkamah juga meragui perkara ini kerana defendan telah mengutuskan surat kepada SD1 dalam bahasa Inggeris dengan penggunaan bahasa dan penyusunan ayat yang baik (di m/s 13 Ikatan I).

Defendan mengelak daripada menjawab soalan peguamcara plaintif

(90) Defendan semasa diperiksa balas telah diminta untuk mengesahkan akaun dan bayaran yang dibuat olehnya berdasarkan dokumen- dokumen yang ditunjukkan kepadanya. Namun defendan telah menafikan pengetahuan dan sentiasa mengelak daripada menjawab soalan peguamcara plaintif apabila kerapkali menyatakan “I can‟t recall” atau “I don‟t know” walaupun dokumen telah ditunjukkan kepadanya.

(91) Sebagai contoh, plaintif merujuk defendan kepada resit jualan tunai di m/s 688 Ikatan E yang dikeluarkan oleh SP7 di tapak atas pengawasan defendan. Resit-resit tersebut mengandungi tandatangan defendan (tandatangan adalah di bahagian tengah resit dan ditandatangani di atas tulisan). Semasa diperiksa balas, defendan mengakui tandatangan-tandatangan tersebut adalah kepunyaannya. Namun beliau menafikan pengetahuan bahawa tandatangan di sebelah bawah kiri bahagian “clerk/supervisor” adalah tandatangan SP7 sedangkan hanya mereka berdua yang bertugas di tapak. SP7 juga mengesahkan beliau yang mencetak resit selain menimbang lori-lori yang membeli pasir dan merekod penjualan pasir. Tiada pekerja lain yang bertugas di tapak untuk mencetak resit jualan selain SP7. Defendan juga tidak menamakan pekerja lain yang bertanggungjawab ke atas perkara ini semasa defendan diperiksa balas atau semasa beliau diperiksa semula.

(92) Defendan mengesahkan telah bekerja di tapak sejak bulan Ogos 2014. Namun apabila dirujuk kepada total sale untuk bulan Ogos 2014 berdasarkan m/s 27 Ikatan Pliding dan apabila defendan diminta untuk mengesahkan jumlah tersebut adalah konsisten dengan resit yang dikeluarkan, defendan menjawab “can’t recall”. Mahkamah berpendapat defendan sengaja enggan menjawab walaupun defendan tahu kerana hanya defendan seorang yang bertanggungjawab ke atas kutipan tunai jualan di tapak dan dokumen-dokumen juga berada dihadapannya untuk dirujuk.

(93) Defendan juga disoal berkenaan tindakannya meninggalkan group Whatsapp. Untuk soalan ini, peguamcara plaintif meminta pengesahan bahawa defendan meninggalkan group Whatsapp selepas defendan diminta untuk memberikan penjelasan berkenaan shortfall. Sebelum menjawab, defendan juga ditunjukkan screenshot whatsapp di m/s 1598 Ikatan G yang menunjukkan defendan meninggalkan group whatsapp. Namun jawapan defendan juga adalah sama, “can’t recall”. Mahkamah berpendapat jawapan tersebut adalah tidak munasabah kerana dokumen telah ditunjukkan dan defendan hanya perlu mengesahkan sahaja.

(94) Berdasarkan jawapan-jawapan tersebut, Mahkamah berpendapat defendan telah mengelak daripada menjawab soalan-soalan peguamcara plaintif atas alasan yang hanya diketahui oleh defendan. Namun Mahkamah berpendapat jawapan-jawapan tersebut menunjukkan kredibiliti defendan yang ingin mengelak liabiliti.

Gantirugi am

(95) Perlanggaran tugas fidusiari defendan telah menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan kerosakan sehingga menyebabkan kesusahan kepada plaintif dan pengarah-pengarah lain (SP8 dan SP10). Dengan itu Mahkamah telah membenarkan gantirugi am sebanyak RM50,000.00 atas kesusahan, kerugian dan kerosakan yang diakibatkan oleh defendan kepada plaintif. Mahkamah berpendapat jumlah ini adalah wajar kerana tindakan defendan telah menyebabkan plaintif disaman oleh SD1 sehingga penghakiman muktamad dimasukkan terhadap plaintif dan plaintif hampir digulungkan oleh SD1 apabila diserahkan dengan notis di bawah s. 218. Plaintif juga terpaksa membatalkan tiga keping cek yang diserahkan kepada pemiutang plaintif, Eramas Ventures Sdn Bhd apabila dana plaintif di dalam akaun tidak mencukupi.

(96) Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka di atas imbangan kebarangkalian dan dengan itu tuntutan plaintif telah dibenarkan seperti yang dinyatakan di atas dengan kos.

Tuntutan BalasIsu ketujuh hingga duabelas – Ikatan M & Isu ke-8 Ikatan RTuntutan balas – RM189,792.60

(97) Daripada jumlah RM208,880.80 yang dilesapkan, defendan mendakwa sejumlah RM172,673.40 telah dibayar kepada KSSB (melalui akaun ITSB dengan KSSB) untuk pembelian pasir dengan menggunakan wangnya dan sebahagian lagi menggunakan wang kutipan jualan tunai di tapak. Defendan juga mendakwa telah meminjamkan wang kepada plaintif sebanyak RM226,000.00 dan membuat set-off berjumlah RM36,207.40 untuk pinjaman tersebut, menjadikan jumlah tuntutan balas defendan sebanyak RM189,792.60. Jumlah ini telah diplidkan.

Tuntutan Balas Tambahan yang tidak diplidkan – RM168,422.45

(98) Selain jumlah RM189,792.60, defendan semasa memberi keterangan telah menuntut balas satu jumlah lain yang tidak diplidkan iaitu RM168,422.45 (Q & A no. 61 P/Saksi PSD3). Jumlah RM168,422.45 telah ditimbulkan buat pertama kali oleh defendan di dalam Penyata Saksinya seperti berikut:

“Sekiranya plaintif berjaya menunjukkan tiada keuntungan diperolehi maka saya memohon RM168,422.45 dibayar kepada saya oleh plaintif”.

(99) Oleh itu keseluruhan jumlah tuntutan balas defendan setelah dicampur dengan RM189,792.60 adalah RM358,215.05.

(100) Peguamcara plaintif telah membantah kepada jumlah RM168,422.45 yang tidak diplidkan. Jumlah RM168,422.45 adalah satu jumlah khusus yang dinyatakan oleh defendan. Undang-undang berkenaan pliding adalah jelas dimana jika pihak-pihak ingin menuntut satu jumlah tambahan yang berlainan daripada apa yang diplidkan maka mereka mestilah terlebih dahulu memplidkan jumlah tersebut. Oleh kerana tiada pindaan dibuat untuk memasukkan jumlah RM168,422.45 maka Mahkamah telah mengabaikan jumlah ini atas alasan yang dinyatakan.

Dakwaan pinjaman yang diberikan kepada plaintif sebanyak RM226,000.00

(101) Defendan mendakwa sejumlah RM226,000.00 telah dipinjamkan oleh defendan kepada plaintif tetapi fakta ini telah dinafikan oleh SP8 dan SP10. Ini kerana mengikut SP8 dan SP10, wang tersebut sebenarnya adalah wang yang telah dilaburkan oleh defendan sebagai modal berbayar untuk pembelian peralatan dan jentera yang diperlukan di tapak melombong – General Ledger Report berkenaan pendahuluan pemegang-pemegang saham m/s 1387 Ikatan G (Q & A no. 11 P/Utama SP8).

(102) Mahkamah meragui pembelaan defendan bahawa ia adalah suatu pinjaman dan sekali lagi mempercayai keterangan SP8 dan SP10. Mahkamah berpendapat demikian kerana tiada sebarang dokumen pinjaman ditandatangani diantara plaintif dengan defendan. Jumlah RM226,000.00 adalah satu jumlah yang besar dan Mahkamah berpendapat apabila melibatkan jumlah yang besar maka pastinya wujud satu dokumen untuk mengesahkan pinjaman tersebut. Tanpa bukti yang kukuh bahawa ia adalah suatu pinjaman maka Mahkamah mempercayai keterangan SP8 dan SP10 bahawa wang RM226,000.00 yang didakwa sebagai pinjaman adalah sebenarnya wang yang dilaburkan oleh defendan sebagai modal berbayar bagi pembelian peralatan dan jentera di tapak melombong.

(103) Dakwaan bahawa defendan telah mendepositkan sejumlah RM172,673.40 ke dalam akaun KSSB melalui pendahuluan wang defendan dan juga wang kutipan tunai jualan pasir bagi pembelian pasir dengan KSSB, plaintif perlu mendepositkan wang ke dalam akaun KSSB.

(104) Mengikut SP8 dan SP10, defendan tidak menggunakan wangnya atau wang kutipan tunai jualan untuk membayar kepada KSSB kerana bayaran tersebut dibuat melalui pendahuluan pengarah- pengarah (directors‟ personal advances). Plaintif juga menyatakan bahawa defendan tidak dibenarkan untuk menggunakan kutipan tunai bagi tujuan membayar pembelian pasir kepada KSSB.

(105) Defendan telah memplidkan bayaran-bayaran yang dibuat kepada KSSB berjumlah RM172,673.40 dalam jadual di m/s 38 & 39 Ikatan Pliding (Pembelaan defendan) dan telah disoal balas atas isu bayaran. Namun sepanjang soal balas, defendan gagal menentukan berapakah jumlah sebenar yang telah dibayar menggunakan wangnya dan berapakah jumlah yang dibayar menggunakan hasil kutipan jualan – Q & A no. 123 P/Balas defendan:

S123: Now referring to the table at the bottom of page 38 and into page 39 (Bundle of Pleadings), can you tell us which of these items which you paid with your own money and which were paid out of the cash collection from site?

J: I can’t recall.

(106) Mahkamah berpendapat adalah tidak munasabah apabila defendan tidak dapat mengesahkan daripada jadual yang disediakan dalam Pembelaannya sendiri wang mana yang didahulukan olehnya (advanced money) dan wang mana yang digunakan untuk membayar KSSB daripada kutipan tunai. Jawapan “I can’t recall” pada pendapat Mahkamah adalah tidak munasabah kerana defendan pastinya menyimpan rekod jika benar defendan mendahulukan wangnya kerana jumlah tersebut adalah suatu jumlah yang besar. Jawapan “I can’t recall” juga bermakna defendan sendiri telah terkeliru dengan plidingnya dan tidak bersedia untuk memberikan penjelasan berkenaan wang RM172,673.40.

(107) Mahkamah berpendapat demikian kerana selepas beberapa kali disoal balas atas isu wang yang didahulukan kepada KSSB, defendan masih tidak dapat mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang kepunyaannya yang didahulukan – rujuk Q & A no. 134 hingga 156 P/Balas defendan.

(108) Dalam Q & A no. 148, defendan masih menjawab “I can’t recall”:

S148: Can you please tell us on page 684 or 685 which text which numbers tells us that it’s your cash or the cash collection?

J: I can’t recall.”

(109) Susulan jawapan tersebut, jawapan seterusnya menjadi tidak konsisten:

“S149: Mr. Tan, earlier you said, if you see it, you will remember, now look carefully at the document in front of you and tell us what do you see on these documents to prove that it was your money?

J: This slip, I have this slip in my computer. I can prove that I was the one who deposited, this bank slip.”

(110) Defendan telah mengelak daripada menjawab soalan peguamcara plaintif berkenaan bagaimana defendan dapat membuktikan wang dalam slip-slip bank-in yang dirujukkan kepadanya adalah wang kepunyaannya. Sebaliknya, defendan menyatakan beliau yang membankkan wang dan itulah slipnya tanpa membuktikan wang itu adalah wangnya. Defendan kemudian disoal balas seperti berikut:

“S150: What do you mean when you say you have these slips in your computer, Mr. Tan? What are we supposed to understand by that statement?

J: Everytime I bank in, I took photo.

S152: Do you agree that none of those photos are in the document?

J: I don’t know.

(111) Bank-in slips (melalui mesin ATM) yang dikemukakan oleh defendan dalam m/s 684 & 685 Ikatan D adalah wang yang didepositkan kepada KSSB tetapi tidak diketahui samada benar wang tersebut adalah kepunyaan defendan kerana slip bank-in hanya menunjukkan jumlah yang didepositkan tanpa butiran wang siapakah yang digunakan. Oleh kerana slip bank-in tidak menunjukkan butiran wang pendeposit, maka beban terletak ke atas defendan untuk membuktikan wang itu adalah kepunyaannya.

(112) Defendan bagaimanapun gagal membuktikan bahawa wang tersebut adalah kepunyaannya. Defendan juga gagal mengemukakan foto-foto slip bayaran yang didakwa berada dalam komputernya. Mahkamah juga berpendapat jika pun dikemukakan, slip-slip tersebut masih tidak dapat membuktikan wang yang didepositkan adalah kepunyaan defendan kerana slip bayaran tidak mempunyai butiran pendeposit.

(113) Mahkamah berpendapat jika benar defendan mendahulukan wangnya, pastinya defendan mempunyai rekod simpanan seperti penyata bank defendan (untuk menunjukkan wang telah dikeluarkan daripada akaun defendan). Namun tiada sebarang keterangan dokumen dikemukakan untuk membuktikan wang dalam slip bank-in di m/s 684 & 685 Ikatan D adalah kepunyaan defendan. Oleh itu Mahkamah meragui kebenaran dakwaan defendan berkenaan pendahuluan wangnya. Kegagalan membuktikan jumlah sebenar wang yang didahulukan maka keterangan serta pembelaan defendan atas perkara ini tidak diterima dan ditolak oleh Mahkamah.

Set-off RM36,207.40 ke atas pinjaman (RM226,000.00) yang didakwa telah diberikan kepada plaintif

(114) SP8 dan SP10 menyatakan bahawa defendan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang set-off tanpa persetujuan daripada pengarah- pengarah lain. Namun jumlah tersebut telah di set-off tanpa pengetahuan SP8 dan SP10.

(115) SP8 dalam Q & A no. 13 P/Utama beliau menyatakan berikut:

“S13: Did the Plaintiff and/or you and Goh Kok Seng as directors of the Plaintiff agree that the Defendant would have the right, permission and/or approval to set off the alleged loan with the returns and/or collections of the sand mining business? Please explain to this Court.

J: Goh Kok Seng and I have never agreed, authorized, permitted and/or approved the Defendant to set off the Paid Up Capital invested by the Defendant against the Plaintiff’s cash sale collections and/or the Plaintiff’s profits. If the Plaintiff was profiting, dividends would be issued to the shareholders, including the Defendant. However, the Defendant had misappropriated the Misapproprioted Sum without Goh Kok Seng‟s and my knowledge.

If we had an agreement to set off the Paid Up Capital invested (which I deny), Goh Kok Seng and I would have set off the Paid Up Capital invested with the returns and/or collections of the sand mining business as well. But we did not because there is no such agreement at all.”

(116) Defendan juga mengakui semasa diperiksa balas bahawa beliau tidak berhak untuk membuat set-off daripada kutipan tunai bagi menyelesaikan pinjaman yang didakwa – Q & A no. 81 & 84 P/Balas defendan:

“S81: You agree that there is nothing in writing from the company‟s other directors, Mr. Ng and Mr. Goh that you could take any of the company plaintiff‟s cash sale to set off your alleged loan, agree?

J: Agree.

S84: You agree with me that there was never any agreement that you could take the cash sales of the company to set off your alleged loan without the authorization of the other company directors?

J: Correct.”

(117) Berdasarkan keterangan SP8 dan SP10 dan pengakuan defendan sendiri bahawa beliau tidak berhak membuat set-off tanpa persetujuan pengarah-pengarah lain maka tindakan defendan yang telah berbuat demikian tanpa kebenaran pengarah-pengarah lain adalah salah dan menjadi tidak sah. Defendan telah mendapat manfaat daripada kesalahan yang dilakukannya. Defendan dengan itu tidak berhak kepada pembelaan set-off apabila pengarah- pengarah lain tidak memberikan persetujuan mereka.

Isu kelapan – Ikatan R

Sama ada defendan berhak menuntut keuntungan berdasarkan saham 40% dari 21.11.2014 hingga 31.1.2015?

(118) Defendan telah menuntut keuntungan berdasarkan pegangan saham 40% olehnya bermula dari 21.11.2014 sehingga 31.1.2015 untuk ditaksirkan. Bagaimanapun plaintif melalui SP8 dan SP10 menjelaskan bahawa plaintif tidak membuat sebarang keuntungan kerana perniagaan ini mengalami kerugian (operating at a loss) – Q & A no. 13, 14 & 14a P/Utama SP8 dan Q & A no. 15, 16 & 16a P/Utama SP10.

(119) SP8 dalam Q & A no. 14 menyatakan berikut:

“S14: Please refer to paragraph 3 (iii) of the Defence and Conterclaim at p. 35, BOP. The Defendant also alleged that the Plaintiff has failed to divide the Plaintiff’s profits (payments from ITSB under the Sand Mining Agreement less the Plaintiff‟s management costs) amongst the directors based on the number of shares held. Please explain …why the profits not divided and/or dividends were not paid amongst the directors/shareholders?

J: There were no profits earned by the Plaintiff because the total payment made by ITSB to the Plaintiff was insufficient to cover the cost and expenses incurred by the Plaintiff in operating the Sand Mining Site. The Plaintiff was operating operating the Sand Mining Site at a loss. As such, no profits were divided nor dividends paid amongst the directors/shareholders of the Plaintiff [please refer to the Plaintiff’s Trading Profit and Loss Statement at p. 1403, Part C, Vol. 6/7, CBD and Balance Sheet at p. 1404 and 1405, Part C, Vol. 6/7, CBD].

(120) Atas alasan bahawa perniagaan mengalami kerugian maka defendan tidak berhak ke atas keuntungan 40% tersebut.

(121) Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah memutuskan bahawa defendan telah gagal membuktikan tuntutan balasnya di atas imbangan kebarangkalian dan dengan itu tuntutan balas defendan ditolak dengan kos.

 

Application for Defendant’s counterclaim dismissed

Application to recover the misappropriation funds allowed

Reported by Kar Men Fung; Edited by Hannah Patrick; M/s MahWengKwai & Associates